amal's FotoPage

By: amal irfan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 29-May-2006 07:57 Email | Share | | Bookmark
aku dan irfan..

irfan, aku dan binatang..
zoo melaka, balik melaka last month..
serba biru, mcm ni la budak lasak..
View all 10 photos...
dah sebulan si Irfan tak sihat, cuti sabtu ahad ni aku duduk rumah aja, malas nak kemana mana sebab dah hujung bulan, duit kena simpan, rumah dah nak siap, aku takleh la enjoy sangat, nanti duit tak cukup pulak nanti, susah nak masuk rumah baru..

sabtu ahad ni duduk rumah memang meletihkan aku sebab si Irfan ni banyak karenah dan semakin lasak, patutlah baby sitter cakap Irfan asyik `belasah` baby lain, baru aku tahu dia ni memang lasak sangat, tapi sayang ko ni semput. Semalam waktu aku kasi dia makan tengahari baru aku terperasan dan baru aku `faham` sebab apa dia demam tak henti-henti, rupanya gigi dia tumbuh lagik 2 batang, so aku lega sikit, sebab aku ingat mungkin dia kena `denggi` sebab naik ruam dibadannya, aku dah rujuk dah hospital n check darah, result nya okey aja..

minggu ni aku balik kelantan, adik ipar aku kawin, penat weh driving, tapi best jugak cuti 6 hari..


Tuesday, 23-May-2006 02:04 Email | Share | | Bookmark
Muhammad Amal Irfan setahun 3 bulan..

bulu mata..
rumah jai puchong..makan-makan..
makoto sonehara..
View all 24 photos...


semalam cukup dah Irfan genap setahun 3 bulan, tapi dalam masa sebulan dua ni, dia kerap sangat demam, batuk, merengek, menangis, dan jadi terlalu manja sampaikan aku nak buat keje lain pun tak boleh, kadang kadang naik angin juga, tapi aku cuba banyakan bersabar, maklumlah anak pertama..

last week on Friday, dia demam pagi tuh, aku bawa jumpa doctor, sebab dia asma, baru baru ni ada asma, dan doctor nasihatkan ke hospital untuk pemeriksaan lebih details, aku ke HUKM, macam biasa treatment `nebulizer` untuk budak lelah ni, sama juga dengan orang dewasa, bukan pembawakan aku, tapi mamanya, dalam tengahari baru selesai, tapi doctor nasihatkan untuk dapatkan `puff` dan bawa kemana mana takut dia ni `semput`, so dinasihatkan aku beli `AEROCHAMBER` khas untuk kanak kanak setahun..

asma ni, penyakit keturunan dan anak terlalu peka kepada persekitaran macam dalam dalam rumah, taman, udara, binatang ( kucing atau anjing ), yang lebih sensitif bagi aku adalah ASAP ROKOK!, sebab wife aku kalau balik kampung mmg kerap semput sebab dalam rumah mak apak aku adik beradik aku semuanya smoker, nasib lah..



 


Monday, 22-May-2006 03:47 Email | Share | | Bookmark
office aku..

ex off aku jai, dah masuk lompat company lain..
meja aku, serabut jugak, tapi tak seserabut sebelum ni, malas..
server dell pedge1800, mahal jugak la benda ni..server biasa..
View all 26 photos...
lama aku tak update dalam ni, banyak keje dan busy semacam semenjak project di melaka abih, kl pun maintenance contract dah terminated, apa sebabnya aku pun tak pasti, yang pasti ada `orang` yang tak puas hati dengan apa yang aku buat selama ni, macam macam keburukan aku yang di ceritakan oleh `malaun` ni, so 2006 ni mmg `sakit` untuk business IT ni,

aku duduk fikirkan apa yang terbaik dan terbaru dalam perkembangan IT zaman ini, terutamanya di Malaysia ni, mostly company dalam Malaysia ni, tak ikut perkembangan IT semasa, kalau buat project ciput pun boleh hidup, sebab IT ni kemudahan dan teknology yang mmg patut di implementasikan dalam office tak kira la dari segi networking, software atau hardware, masalahnya DUIT, tgk BUDGET, tapi boleh perabiskan BUDGET utk perkara2 yang tak sepatutnya

ok lah..


Tuesday, 17-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
irfan selepas 10 bulan...

 
 
 
View all 7 photos...
dah lama aku tak update fotopages ni, irfan pun dah semakin besar dan semakin lasak, cuma kengkadang aku tak tahan dengan lasak dia ni, selalu jugak dia bergaduh dengan aku, lebih mesra dengan mama nya, nak buat camna, aku tak ajar anak aku ni manja @)

saja jer aku tangkap gambar ni masa mama nya duduk cungkil lubang telinga irfan ni, maklum la hari minggu jer free, hari lain penat bekerja, takda masa nak main dengan anak, aku plak sibuk ker melaka, so now dah tak ke melaka lg since contract meintenance dah suspen kat sana


Sunday, 21-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
jalan jalan hujung minggu..

 
 
 
View all 15 photos...
hari ni saja jalan jalan ke ikea, ronda ronda bandaraya kuala lumpur ni, mmg lengang hari ni mungkin sebab derang cuti balik kampung sbb cuti sekolah, on the way balik singgah ke cavenzi tengok perabot baru, banyak jugak perabot yang manarik,



sempat ler jugak aku ambik gambar dua beranak ni, maklum ler lama aku tak guna camera ni dah, semenjak 2 menjak ni, sbb sibuk sangat..


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net